Idola Kecil adalah sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak yang berusia 8 hingga 12 tahun. Nama pertandingan diambil sempena nama pertandingan realiti di Indonesia iaitu Idola Cilik. Pertandingan ini bertujuan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam bidang tarik suara. Petandingan ini merupakan pertandingan nyanyian kanak-kanak yang terhangat di Malaysia. TV9 merupakan siaran yang akan menyiarkan konsert bersiri setiap minggu. Juara bagi rancangan ini akan digelar sebagai idola kecil.
[sunting][sunting]Format
Uji Bakat dan Pemilihan Finalis
Sebelum finalis dipilih.Para finalis haruslah menyertai uji bakat yang dianjurkan oleh penganjur di seluruh semenanjung Malaysia. Dari beribu peserta yang menyertai uji bakat ini, hanya 30 sahaja yang akan dipilih,dan mereka akan ditapis semula untuk pemilihan finalis yang terakhir.
Setelah para finalis dipilih, mereka akan dikuarantinkan di sebuah kediaman khas untuk menjalani sesi pembelajaran.Mereka akan diajar oleh beberapa tenaga pengajar yang profesional mengenai latihan vokal dan koreografi.
[sunting]Perbezaan antara Idola Kecil dan Idola Cilik
Perbezaan antara Idola Kecil dan Idola Cilik adalah Idola Kecil tidak menggunakan sistem undian kerana idola kecil hanya mengggunakan sistem permarkahan juri sebaliknya Idola Cilik mengunakan kedua-dua sistem ini dan digabungkan bagi mengenal pasti kedudukan finalis. Idola Kecil juga tidak menggunakan juri tetap kerana idola kecil menggunakan tema persembahan yang berbeza setiap minggu, dan ini bergantung kepada juri jemputan.
No comments:
Post a Comment